Ada beberapa perkara ann nak maklumkan kepada pengunjung blog ini. Antaranya ialah:
- Ann sekarang sedang menyiapkan blog baru iaitu http://mamibizicakes.blogspot.com blog khas untuk bisnes kek ann...so kalau y'all perasan ann mana ada posting n3 baru pasal bisnes kek ann kat blog ni...perasan tak? hehhe... semua order sejak Hari Raya Aidiladha aritu ann akan post kat blog kek ni...cumanya ambik masa sket nak buat tu semua sebab ann bizi dengan exam final....tanda assignment, sediakan carrymark..mak..bizinya...
- Sekarang ni ann kena manage 3 blog iaitu blog ni, blog kek & lagi satu bisnes edible image iaitu http://edibleimageutara.blogspot.com ...wah..mak amat bizi sekali..perasan! ann ni slow part IT sebab tu ann kalau boleh nak rojakkan blog all in one ni tapi memandangkan ann terima feedback dari ramai supaya ann asingkan blog bisnes dgn blog ni maka ann rasa betul gak cadangan korang² semua...
- Seterusnya ann super bizi sebab weekend ni ann akan ke Perak dan minggu berikutnya 20-24hb ann akan berada di Shah Alam sebab ada kursus so blog² ni akan sepi buat sementara waktu. Kepada sesiapa yang berada di tempat² yang dinyatakan nak gather² dgn ann boleh ler email ann. Teringin gak nak jumpa kawan² yang selama ni dok bertegur sapa secara maya...
- Kalau anda mengalami kesukaran untuk komen kat n3 ann mintak maaf sebab ruangan komen ni kadang² degil sket...nanti ann try tgk macamana....
- Semua komen² kat n3 ataupun kat shoutbox akan ann balas, kadang² ann tbaru nak sentuh keyboard sket Husin mula ler nak ketuk gak sampai meraung² kalau tak bagi so masa utk ann godek² blog hanyalah time Husin tido....hmmm ..part ni kadang² dengan mak dia sekali tido...sedar² dah pagi..alahai......
- Kepada semua ann masih aktif membaking cuma ann belum upload gambar² kek (still working on it)..pas ni start 1 Januari 2010 ketiga² blog ann akan berfungsi sepenuhnya...ann nak kejar dateline ni ler tu yg bizi...











